Ahad, 20 Ogos 2017

DOA PENAWAR PATAH TULANG -TULANG RETAK -TULANG RAPUH




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Surah Yasiin banyak khasiatnya dan diantara bahagian ayat-ayat ini sebagai penawar kepada patah tulang, retak tulang dan lain-lain berkaitan patah. Jika mengalami patah akibat jatuh atau yang aktif bersukan lasak seperti ragbi, bola sepak elok amalkan sebelum masuk padang. Baca shalawat 3x dan ayat-ayat tersebut dan sapu pada kaki atau seluruh badan supaya elak patah.

Bagi yang mengalami retak tulang dan "Ostoeporosis" iaitu tulang rapuh terutama orang-orang tua elok amalkan doa ini dimulakan dengan bacaan shalawat syifa 1x diikuti doa ini sebanyak 1x dan ditiup pada air dan minum. Lakukan pada waktu pagi sebelum sarapan pagi. Insyaallah jisim tulang anda akan bertambah kuat. Selalu makanan yang banyak kandungan kalsium. 




(78) Wadaraba lana mathalanwanasiya khalqahu qala man yuhyee alAAithamawahiya rameem

(79)  Qul yuhyeeha allatheeanshaaha awwala marratin wahuwa bikulli khalqin AAaleem


Maksudnya: (Surah Yasiin: Ayat 78 dan 79).


78. Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? 

79. Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya)

Wasallam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan