Ahad, 20 Ogos 2017

Kisah Hutang Dilunaskan Melalui Keajaiban Sedekah Yang Menyentuh Hati Kita


Seorang lelaki telah gagal menguruskan hutangnya apabila perniagaannya bermasalah. Hari-hari pengutip hutang mencarinya sama ada di pejabat mahupun di rumah. Keadaan menjadi lebih parah apabila isterinya minta diceraikan kerana tidak sanggup tinggal dalam keadaan tertekan sebegitu.
Sewaktu senang dulu, dia disibukkan dengan urusan bisnes. Urusan rumah tangga diserahkan bulat-bulat kepada isterinya. Emak dan ayah di kampung pula jarang sekali ditanyakan khabar mereka apatah lagi pulang ke kampung menjenguk mereka.
Dia malu nak pulang ke kampung menghadap emak dan ayahnya. Kawan-kawan yang sama-sama bersukaria dulu pula hilang entah ke mana. Hasrat isterinya ditunaikan dengan talak 1.
Dia berusaha pelbagai cara bagi melunaskan hutang-hutangnya tetapi semuanya menemui jalan buntu. Dalam keputus-asaan dia nekad membunuh diri. Ketika mahu menggantungkan diri, azan berkumandang dan menyedarkan dirinya. Dia turun dari kerusi dan mengambil wuduk untuk solat. Selepas seketika itu dia mendengar pula ceramah agama dari masjid berdekatan rumahnya itu yang kebetulannya sedang berbicara tentang cara mengatasi kesusahan.
Keesokkannya dia pergi ketemu ustaz untuk mendapatkan pandangan ustaz apa lagi yang dia harus lakukan untuk menyelesaikan masalah hutangnya itu. Ustaz kata periksa semula hubungan dia dengan Allah, hubungan dia dengan ibu bapa dan hubungan dia dengan orang lain. Mohon ampun pada Allah dan mohon maaf pada mereka yang telah dia berbuat salah.
Dia datang lagi bertemu ustaz. Dia kata sudah macam-macam perkara dia lakukan. Antaranya, dia sudah memohon taubat pada Allah dan meminta maaf pada orang-orang yang telah dia berbuat salah.
Lalu ustaz itu berkata, bersedekahlah. Dia terkesima.
Bagaimana mahu bersedekah sedangkan duitnya sahaja cukup-cukup untuk dirinya? Itulah yang terdetik di hatinya ketika itu.
Setelah berfikir, dia mencari orang yang susah, bertemu pengurusan sekolah pondok dan anak yatim yang memerlukan. Dia panggil mereka ke rumahnya dan menyedekahkan barang-barang rumahnya yang pernah menjadi simbol kesombongan dia. Dia rasa puas walaupun rumahnya hampir kosong. Hari-hari dia menjaga ibadat dan bersedekah dari segi kudrat, dan apa sahaja yang mampu menyenangkan orang lain.
Dia menemui ketenangan apabila melakukan semua itu meskipun masalahnya belum diselesaikan. Dia bersangka baik pada Allah dan tidak berhenti berdoa. Antaranya doa yang diajarkan Nabi shollallahu ’alaih wa sallam kepada sahabatnya, Abu Umamah radhiyallahu ’anhu :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ لدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Bermaksud:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.”
Pada satu hari, kawan lamanya mencari dia. Dia tidak lagi lari atau menyorokkan diri seperti sebelum ini. Dia sambut kawannya itu dengan senyuman dan mengajak masuk ke rumah. Di dalam rumah, kawannya melihat hanya barang keperluan asas sahaja yang ada. Dia masih tersenyum.
Kawannya itu seorang usahawan berjaya mahu menyatakan hajat bertemu dia. Kawannya itu memerlukan khidmat kepakaran dia menguruskan bersama satu projek bandar baru. Dia menolak kerana risau tidak dapat beri komitmen kerana masalah hutangnya itu. Tetapi jika kawannya itu boleh membantu masalah dia, dia mahu bekerjasama.
Kawannya itu tidak ragu-ragu dan memberikan dia cek. Kawannya berkata:
“Ambil cek ini. Gunalah pendahuluan 3 bulan bayaran khidmat kepakaran kamu ini untuk selesaikan masalah hutang itu.”
Lagi sekali dia terkesima dan kali ini disusuli sujud syukur dan air mata. Hanya “terima kasih Ya Allah… alhamdulillah” diucap berulang-ulang kali dari mulutnya.
Noktah.
Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika mereka ditimpa malapetaka, dia menjadi putus asa dari berusaha.
Janganlah kita berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
Melalui surah al-Baqarah ayat 280 yang bermaksud “Dan jika (Orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan, dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
Mungkin ramai yang berasa berat hati untuk bersedekah ketika waktu susah kerana memikirkan ketidakcukupan yang akan berlaku apabila bersedekah. Namun, jika kita benar-benar yakin dengan rahmat dan kuasa Allah, pasti kita berasa ringan melakukannya.
Sewaktu bersedekah itu, niatkan di dalam hati pemberian itu sedekah dan memohon kepada Allah untuk membantu dan memudahkan hal melunaskan hutang-hutang kita.
Cubalah.
Idea asal: Youtube

10 surah al Quran yang mujarab



1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Telekung Siti Aishah Basic For Kids (Dusty Rose - AA7003TSC)

rm89.00



Colour : Dusty Rose
Code :  (Asar) AA7003TSC
Material : Valentro Italian Uomo
Measurements (Inches):
Telekung Top x Telekung Bottom
Size 6 - (29.5" x 30.5")
Size 8 - (32.5" x 36.5")
Size 12 - (38.5" x 41.5")
Waist: Flexible

Telekung Siti Aishah IV (PAISLEY - AA5029TS)



                          RM285.00


Telekung Siti Aishah is designed with simplicity in mind so one can be at peace whilst fulfilling prayers. Crafted from cotton-rich fabric, this telekung provides optimum comfort whilst the lace details on the head adds a dash of muted style to the staple.
- Cotton-Back self-tie fastening-Lace details
SIZE DETAILS
Size Measurement
Length (front) x Length (back) x Face Circumference (elastic)
- (46" x 50" x 21")
Sarong
Waist (elastic) x Length x Width (in inch)
- (27" x 47" x 58")

Tasbih Digital



Tasbih Digital yang Mudah digunakan


Produk ini merupakan inovasi terbaru untuk memudahkan anda melazimkan amalan berzikir. Tasbih biji biasa yang biasa dipakai adalah bersifat tradisional. Kini ianya di perbaharui dalam bentuk digital untuk kemudahan anda, ia sangat mudah untuk digunakkan dan sesuai untuk anda sekeluarga.

Fungsi :
1. Untuk membuat kiraan zikir.
2. Sesuai untuk senaman tangan.

Ciri-ciri:
- Ringan & Kecil dengan Paparan LCD yang boleh membuat kiraan dari 0 - 99999.

- Diperbuat daripada PVC pelbagai warna yang tahan lasak.

- LCD display akan terpadam (Auto Off) apabila tidak digunakan.

- Apabila Butang ditekan (Auto On) nombor yang terakhir akan dipamerkan(simpanan memori)
- Butang OFF/ON: Ada 2 butang - butang besar untuk mengira, dan butang kecil untuk reset.

- Butang OFF/ON: Ada 3 butang - butang besar untuk mengira, dan butang kecil untuk reset dan Lampu (yang berlampu)
- Senang diguna dan dibawa. Selain dari dibuat tasbih, boleh digunakan untuk mengira stock dan aktiviti latihan fizikal.?
- Bateri boleh ditukar dikedai jam.

- Penggunaan yang senyap tanpa menganggu orang bersebelahan.
- Tidak water resistant. Dikehendaki membuka apabila mengambil wudhu atau mencuci tangan.



Siapa yang sesuai memakainya?

- Sesuai digunakan dalam kereta semasa kesesakan lalu lintas dan dimana anda berada.
- Sesuai digunakan di tempat gelap..sebelum tidur (yang berlampu).

- Senang diguna dan dibawa. Selain digunakan sebagai tasbih, boleh digunakan untuk mengira stock dan aktiviti latihan fizikal
- Sesuai dijadikan cenderahati untuk majlis perkahwinan, khatam Quran dan sebagai hadiah kepada orang yang tersayang.

Cara-cara penggunaan:

- User Friendly iaitu mudah untuk dikendalikan cara gunanya.
- Lingkaran boleh dikecil atau dibesarkan menggunakan buckle.
- Boleh dipakai dimana-mana jari mengikut keselesaan dan menggunakan ibu jari untuk menekan.

225 DOA-DOA PILIHAN YANG MUSTAJAB



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwudhuk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

PENDINDING DIRI-BENTENG SIHIR-SANTAU
  1. Doa Mengusir Jin Dari Rumah
  2. Doa Selamat Dari Gangguan Manusia, Jin Dan Iblis
  3. Doa Benteng Santau/Santau Angin
  4. Doa Membatalkan Sihir
  5. Doa Halang Dan Elak Dianiayai Oleh Sihir Yang Dihantar Oleh Orang
  6. Doa Supaya Tidak Diikut Oleh Hantu Syaitan Ketika Balik Dari Kerja-Balik Dari Hospital-Balik Dari Kubur
  7. Doa Rawatan Untuk Orang Yang Terkena Sihir
  8. Doa Untuk Mengeluarkan Jin, Makhluk Halus Atau Racun-Racun Ilmu Sihir Atau Santau Dari Badan Manusia
  9. Doa Benteng Sihir, Doa Penawar Sihir Jarak Jauh Dan Kaedah Membuat Minyak Zaitun Sebagai Penawar Sihir
  10. Doa Untuk Melindungi Dari Sihir-sihir Termasuk Sihir Tafriq (Pemisah Ikatan Suami Isteri/Ikatan Persahabatan/Ikatan Adik Beradik
  11. Doa elakkan diri dari dipukau
  12. Doa Penawar Sihir Dari Jarak Jauh
  13. Doa Untuk Hindar diri Terkena Sebarang Sihir Dan Mengembalikan Balik Sihir Kepada Orang Yang Membuat Sihir
  14. Doa Hindar diri dari terkena Sihir/Santau/Saka/Jin
  15. Doa Elak Sihir Tafriq (Pemisah Suami Isteri)
  16. Doa Pendinding & Penggerak: Sihir Santau
  17. Doa Penunduk Dan Juga Perisai dari Fitnah/Sihir
    JODOH-KAHWIN-KASIH SAYANG
    1. Doa Mendapatkan Suami Yang Soleh/Isteri Yang Solehah
    2. Doa Mohon Bekas Isteri Atau Suami Kembali Ke Pangkuan
    3. Doa Supaya Perancangan Perkahwinan Berjalan Lancar Dan Mendapat Pasangan Yang Serasi.
    4. Doa Elak Suami Tak Kahwin Lain
    5. Doa Pelembut Hati Pasangan Suami/Isteri
    6. Doa Supaya Suami Atau Isteri Dan Anakx Yang Degil/Derhaka Kembali Kepangkal Jalan
    7. Doa Untuk Mengubat Cinta Dan Kasih Sayang Yang telah Hilang
    8. Doa Untuk Wanita Yang Selalu Putus Tunang Dan Pinangan Selalu Tak Jadi
    9. Doa Agar DiSayangi Oleh Suami Atau Isteri
    10. Doa Mengekalkan Kasih Sayang Diantara Suami, Isteri dan Anak-anak
    11. Doa-doa Untuk Kebahagiaan Keluarga
    12. Doa Supaya Dikasehi Dan Disayangi Oleh Suami/Isteri,Anak-anak, Kaum Kerabat,Jiran-jiran,Rakan-rakan, Orang Bawahan Dan Orang Atasan
    13. Doa Semuga Ada Jodoh Kita
    14. Doa Pengasih
    15. Doa Pengikat Kasih Sayang
    16. Doa Pendekat Jodoh
    17. Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita
    18. Doa Dipercepatkan Jodoh & Doa Mendapat Isteri Yang Baik
    19. Doa Supaya Suami Setia Dan Sayang Isteri
    20. Doa Pengasih Dari Surah Al-Quran
    21. Doa Sebelum Bersetubuh Dan Adab-adab Sebelum Bersetubuh Pada Malam Pertama 
      KELUARGA-ANAK-ISTERI-SUAMI
      MASALAH RUMAHTANGGA
      RAWATAN PENYAKIT/PENAWAR

      1. Doa Rawatan Sakit Pada Anggota Badan Untuk Sakit Tulang, Sendi Dan DLL
      2. Doa Perlindungan Stroke/Angin Ahmar
      3. Doa Hilangkan Kesakitan Ketika Sedang Mengalami Sakit Senggugut
      4. Doa Elak Bayi Kecil Terkena Sawan Tangis
      5. Doa Penawar Elak Patah Tulang-Retak Tulang-Rapuh Tulang
      6. Doa Rawatan Jerawat-Bisul Dan Penyakit Berkenaan Kulit
      7. Doa Rawatan Hentikan Darah Istihadhah
      8. Doa Pendinding Dan Benteng Dari Segala Penyakit Jasmani Atau Rohani
      9. Doa Rawatan Pulih Tenaga Batin Lelaki
      10. Doa Rawatan Demam Campak
      11. Doa Apabila Mengalami Luka
      12. Doa Rawatan Untuk Pesakit HIV/AIDS
      13. Doa Rawatan Mati Pucuk Dan Lemah Tenaga Batin
      14. Doa Rawatan Untuk Demam Panas
      15. Doa Peransang Untuk Selera Makan
      16. Doa Rawatan Untuk Penyakit Kulit Gatal Dan Gegata Atau Lapar Garam
      17. Doa Untuk Merawat Sakit Berkaitan Perut, Busung, Usus Besar, Usus Kecil, Ulcer Perut, Gastrik Dan Bengkak Di Bahagian Perut Serta Kaki
      18. Doa Untuk Rawatan Sakit Jantung, Saluran Darah Tersumbat (BLOCKAGE) Dan Jantung Berlubang
      19. Doa-doa Untuk Memusnahkan Sel-Sel Kanser Lengkap dengan MP3/IMAGE DOA
      20. Doa Untuk Wanita Datang Haid Tidak Teratur Dan Sengugut
      21. Doa Rawatan Untuk Sakit Tulang/Kanser Tulang
      22. Doa Untuk Merawat Penyakit Resdung
      23. Doa Untuk Merawat Sakit Kepala/Migraine
      24. Doa-Doa Perlindungan Dari Hasutan Syaitan (GangguanMakhluk Halus)
      25. Doa Untuk Merawat Jiwa Yang Lemah Dari Gangguan Makhluk Halus
      26. Doa Untuk Rawatan Darah Tinggi, Kencing Manis Dan Sakit Jantung
      27. Doa Kesembuhan Bagi Pesakit Buah Pinggang
      28. Doa Memohon Kesembuhan Penglihatan
      29. Doa Mohon Allah Sembuhkan Kesakitan/Penyakit Supaya Terus Dapat Beribadat
      30. Doa Rawatan Lumpuh Dan Strok
      31. Doa Penyembuh Sakit Jantung Dan Sakit Dalam Badan
      32. Doa-doa Untuk Memusnahan Sel Kanser (1)
      33. Doa-doa Untuk Memusnahan Sel Kanser (2)
      34. Doa Untuk Pesakit Jantung Supaya Sembuh
      35. Doa Mohon Kesembuhan Penyakit Dan Doa Mohon Keringanan dan Kemudahan
      36. Doa ketika terjadi penyakit menular
      37. Doa Rawatan Hilangkan Sakit Perut/Perut Memulas/Senak Perut
      38. Doa Hilangkan Sakit Gigi
      39. Doa Rawatan Mata Rabun Jauh Atau Dekat
      40. Doa Segala Penawar Penyakit
      BALA/MUSIBAH/BENCANA
      REZEKI-PERNIAGAAN-PEKERJAAN
      PEPERIKSAAN-ILMU-PELAJARAN
      KESELAMATAN DIRI-KELUARGA-HARTA BENDA

      1. Doa Ketika Disaat Kita Menghadapi Kesempitan, Kecemasan Dan Nyawa Terancam 
      2. Doa Abu Darda (Utk Selamatkan Diri, Keluarga & Harta Dari Malapetaka)
      3. Doa Selamat
      4. Doa Supaya Orang  Yang Hilang Atau Lari Pulang Ke Rumah
      5. Doa Elak Pencuri Keluar Dari Rumah Selepas Mencuri (TERKURUNG DALAM RUMAH)
      6. Doa Menjaga Rumah Dan Harta Benda
      7. Doa Mengembalikan Barang Yang Hilang
      8. Doa-Doa Yang Baik Dibaca Oleh Wanita Khususnya Elak Dirogol Atau Dicabul
      9. Doa Elak Dikhianati Dan Dianiayai
      10. Doa Mohon Selamat Dari Ancaman Orang-orang Yang Zalim
      11. Doa Wirid Dapat Menghalang Jin-Jin Atau Sihir Masuk KeDalam Tubuh Badan
      12. Doa Elak Malapetaka Ketika Tidur Waktu Malam
      13. Doa Utk Keselamatan Diri Elak Kemalangan Jalanraya
      14. Doa Keselamatan Diri Elak Mudarat Dan Beserah Diri Kpd Allah
      15. Doa Menghadapi Pembengis/Musuh/Amuk/dll
      16. Doa Perlindungan Untuk Anak-anak
      17. Doa Keselamatan Keluarga Dari Dirompak Serta Doa Pagar Kawasan Rumah
      18. Doa-doa Keselamatan Dibaca Oleh Seorang Perantau
      19. Doa-doa Keselamatan Diri Dari Terlibat Kemalangan Jalanraya
      20. Doa Menaiki Kenderaan Laut Dan Udara
      21. Doa Ketika Melihat Orang Dalam Bahaya
      22. Doa Memelihara Dari Kebakaran
      23. Doa Menghalang Syaitan/Jin/Iblis Masuk Kedalam Rumah
      24. Doa Melakukan Perjalanan Dan Memohon Keselamatan Untuk Keluarga Yang Ditinggalkan
      25. Doa Dan Amalan Untuk Menjauhkan Kenderaan Dari Berlaku Kemalangan
      26. Doa Untuk Mendapat Kembali Yang Hilang
      27. Doa Mohon Perlindungan Dari Musuh Dalam Selimut
      28. Doa Supaya Terhindar Dari Dikhianati-Dianiayai-Ditipu
      29. Doa Mohon Dijauhkan Diri Dari Fitnah Orang
      30. Doa Mohon Terhindar Dari Orang-orang Yang Zalim/Yang Memfitnah
      31. Doa Mohon Dijauhkan Dari Godaan Syaitan
      32. Doa Menjaga Dari Gangguan Ular Dan Binatang Bisa
      33. Doa Keselamatan Diri Dijauhkan Dari Perkara Buruk: Bot Karam-Kecurian-Serangan Musuh
      34. Doa Supaya Dipelihara Allah Dari Kejahatan Para Penjahat Dan Para Penzalim
      35. Doa Supaya Musuh Tidak Nampak Dan Dapat Menyelamatkan Diri
      36. Doa Tidak Terbakar Oleh Api Yang Dibaca Oleh Nabi Ibrahim a.s Dan Doa Rawatan Terbakar Dan Melecur
      SIFAT-PERANGAI-KETAHANAN DIRI
      UJIAN-DUGAAN-KEHILANGAN-KESEDIHAN
      DARJAT-MULIA-DIHORMATI
      TAUBAT-RAHMAT-KEAMPUNAN ALLAH SWT
      DOA-DOA HARIAN